SiLe TinGGaLkan PeSaNan AnDa...

2.01.2009

Besarnya pengorbanan seorang ibu...

Pernahkah kita betul-betul menyelusuri setiap perit susah payah hati seorang ibu ?? Benarkah kita telah mengikuti kesemua permintaannya ?? Pernahkan seorang ibu menghampakan setiap permintaan dari anak-anak kesayangannya ?? Adakah benar kita ini sudah bergelar anak yang betul-betul soleh ataupun solehah ?? Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya sambil mendengar lagu Kasih Ibu - Far_East ...

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
Dugaan-Mu

Rahmatilah... Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Cuba kita fikirkan dengan lebih rapi....Seorang ibu boleh menjaga 13 orang anak-anak nya...Tapi tak mungkin 13 orang anak yang telah di jaga oleh ibu tersebut boleh menjaga hanya seorang ibu...Kalau betul kita ini suka menipu....ada orang yang lebih pakar menipu dari kita....siapa lagi kalau bukan seorang ibu...ibu kita sendiri....tika mana kita kekurangan makanan,tak cukup nak makan,tika itu juga la ibu kita menipu kita anak-anak kesayangannya.."makan lah nak...mak xlapar pun"...dan kita pun terus menghabiskan makanan tersebut tanpa di jamah langsung walaupun sesuap hanya demi kita anak-anaknya... Ada lagi penipuan yang tidak pernah kita amati betul-betul....kerana kita sudah dapat apa yang kita kehendaki..." ambik la semua duit ni nak...buat belanja kat universiti,beli buku..duit mak ada lagi,jgn risau"..sedangkan ibu kita telah memberikan kesemua duit hasil titik peluhnya siang malam demi keselesaan anak-anaknya..bangun seawal 4 pagi di ketika mana kita masih lagi di buai mimpi indah...tidur nya pula xmenentu...hanyalah demi anak-anaknya.... " mak sihat je ni nak...jgn risau...ngaji je rajin-rajin nak...." . tipu si ibu lagi setelah demam dan sakit akibat terlalu banyak bekerja dan beliau masih lagi meneruskan kerja-kerjanya demi anak-anaknya....

Adakah kita telah membahagiakan hati seorang ibu ?? Kita lah satu-satunya permata hati ibu yang harus membahagiakan hati seorang ibu ini... Cukupkah bakti kita terhadap seorang yang mana syurga di bawah telapak kakinya ?? Sudah habiskan bakti kita kepadanya sebelum ibu kita meninggalkan kesemua anak-anaknya ?? Fikirkan apa yang akan terjadi kepada dunia kita tanpa ibu ?? Apakah menjadi beban kepada kita untuk mendoakan kesejahteraan ibu-bapa kita sedang ibu kita siang dan malam tanpa henti mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita...

Fikir-fikirkanlah wahai anak-anak seorang ibu.... Umurnya kian meningkat ... Ubannya semakin bertambah ... Muhasabahlah diri kita sebelum dia pergi meninggalkan kita semua anak-anaknya.... Biarkanlah ibu pergi bertemu ILahi dengan hati yang tenang bersama-sama doa kita dan limpahan kasih kita... Ikhlaskanlah hati kita...Ibu tetap ibu kita...

Semoga Allah merahmatimu wahai ibu ku....Semoga Allah tidak melupakan aku utk membalas segala budi mu..Semoga Allah memberiku ruang untuk aku balas segala penat lelah mu...Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasamu wahai ibuku....