SiLe TinGGaLkan PeSaNan AnDa...

9.30.2008

SYADID BIAR BERTEMPAT?? “ ANTARA REALITI DAN FANTASI”



Kemasukan Bahasa Arab kedalam Bahasa Melayu

Dewasa ini, satu anjakkan paradigma telah berlaku dalam usaha memperkembang dan memperbanyakkan kosa kata bahasa ibunda kita yang merupakan bahasa rasmi Melaysia. Jika disingkap kembali lipatan sejarah, pada suatu ketika dahulu, bangsa melayu seolah-olah berkiblatkan barat dalam mencipta istilah-istilah baru yang tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa melayu, kebanjiran prosa kata daripada negara- negara barat yang diaplikasikan dalam pertuturan seharian menyebabkan sebahagian daripada ahli-ahli bahasa telah memelayukan kalimah-kalimah tersebut sekaligus menyerapkannya kedalam kamus-kamus melayu di serata Malaysia.

Namun kini kita seharusnya bersyukur diatas perubahan yang berlaku dalam bahasa ibunda kita. Kiblat bahasa yang dahulunya acap kali diarahkan kearah barat kini telah bertukar arah ke timur tengah. Jika dahulu kebanjiran prosa kata barat seolah-olah limpahan air deras dari empangan yang pecah, sukar dibendung apatah lagi untuk dihentikan , tapi kini limpahan air tersebut dapat dikekang. Penghantaran Mahasiswa-mahasiswa ke Timur Tengah umpama bata-bata ampuh yang dapat menutup segala kebocoran empangan sekaligus membendung kederasan limpahan air tersebut dari terus-menerus keluar dari empangannya. Mahasiswa-mahasiwa tersebut telah berjaya mencari alternatif lain untuk menggantikan pengambilan bahasa-bahasa penjajah kedalam bahasa Melayu kepada bahasa arab. Akhirnya bahasa agung yang dijadikan bahasa rasmi dalam kitab suci Al-quran telah berjaya diserapkan ke dalam bahasa melayu, secara tak langsung berjaya memecahkan dominasi bahasa-bahasa barat yang sebelum ini menjadi sumber utama pengambilan kalimah-kalimah baru dan kalimah-kalimah yang tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu sebelum ini . Impaknya ,walaupun tidak tahu bertutur dengan menggunakan bahasa Al-Quran, akan tetapi dengan perbicaraan yang dijalankan dengan menggunakan bahasa melayu secara tak langsung telah menyebabkan bahasa arab telah diadaptasikan dalam pertuturan seharian masyarakat majmu’ di Malaysia.

Penta’rifan Ringkas Tajuk Perbincangan

Berbalik kepada tajuk asal perbincangan, sebelum penta’rifan secara konseptual diberikan terhadap tajuk diatas ada eloknya jika kita ketahui terlebih dahulu penta’rifan secara literal. Secara umumnya kalimah syadid merupakan salah satu daripada kalimah-kalimah arab yang dimelayukan, ianya dapat diertikan sebagai bersangatan. Realiti pula boleh ditakrifkan sebagai hakikat berlakunya sesuatu perkara, manakala fantasi pula merupakan hayalan semata-mata. Secara konseptualnya tajuk perbincangan kita pada hari ini dapat dita’rifkan: “ Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kita perlu syadid tapi biarlah bersesuaian dengan keadaan semasa, adakah dakwaan ini bertepatan atau bertentangan dengan nilai jati diri seorang muslim?”

Perbezaan Pendapat terhadap “Syadid”

Jika kita cuba selidiki perbincangan-perbincangan semasa berkaitan isu ini maka kita dapat rumuskan terdapat tiga pendapat major terhadap isu tersebut:

1. Syadid merupakan suatu perkara positif yang perlu diterjemahkan oleh setiap muslim didalam segala aspek kehidupan. Apabila kita hanya mengambil pandangan yang syadid, dan syadid dalam urusan seharian maka kita akan lebih selamat.

2. Syadid merupakan perkara negatif yang perlu kita jauhi, apabila kita bersikap syadid ianya akan menyebabkan orang lari daripada kita dan merasakan islam itu agama yang susah. Ini disebabkan majoriti manusia tidak menilai kebaikan sesuatu organisasi atau kumpulan berdasarkan prinsip dan peraturan organisasi tersebut tetapi lebih memandang kepada perilaku ahli-ahli sesebuah organisasi. Seandainya Islam itu digambarkan dengan penganut-penganutnya yang kesemuanya syadid maka orang bukan Islam akan menganggap Islam itu agama yang sukar dan menjahuinya.

3. Syadid ini perlu dipraktikkan dalam sesetengah situasi dan kondisi, akan tetapi perlu dijauhi dalam sesetengah situasi yang lain. Ini bermakna ketika menjalankan tugas sebagai seorang mukmin di muka bumi rabbul I’zzati ini kita sepatutnya bersikap syadid mengikut waqi’ (situasi) waktu tersebut. Ada tempat-tempat yang kita perlu syadid dan ada tempat yang kita tidak boleh bersikap syadid.

Pendapat Pilihan Hatiku

Selepas melakukan timbang tara terhadap pendapat-pendapat tersebut berdasarkan realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam ketika ini, terus terang saya katakan saya lebih cenderung kepada pendapat ketiga sekaligus bersetuju dengan tajuk dalam entri pada kali ini selepas ditentukan jawapannya iaitu “Syadid biar bertempat merupakan realiti bukan fantasi”. Sikap ahli-ahli sesetengah persatuan dan pertubuhan Islam yang syadid tidak bertempat akan menyebabkan masyarakat lari dari dakwah dan tarbiah organisasi tersebut.

Penilaian tersebut tidaklah semata-mata menggunakan akal pemikiran saya, tapi bagi saya ianyanya selari dengan tuntutan islam. Sepertimana sabda nabi: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Istifadah yang boleh kita teladani daripada hadis tersebut ialah kita hendaklah mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu masalah, iaitu tidak terlalu syadid dan tidak terlalu tasahhul(mudah) dalam menerima pendapat dan melakukan sesutautu perkara. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, bukan dalam semua perkara kita perlu syadid, ada tempat yang perlu dan ada tempat yang tidak perlu.

grabbed from : http://as-syazuli.blogspot.com/

9.25.2008

assalamualaikum........

ehem ehem....memandangkan orang skrg ni tgh pesat dgn blog2 dorg....maka dgn itu sy pun nk try laa nk rsa cmne rse nye org memblogkan diri nya...kengkadang rse la jgk segan dan silu kerana tidak laaaa mempunyai ape2 pengalaman dalam blog2 nih...tp xpe je...skit2 lme2 jdi laa bukit bendera....so sape2 yang tgk blog sy ni di harapkan jangan menggelakkan diri kerana sy kan msih bru utk memblogkan diri..huhuh...sile2 laaa ajar2 sebanyak sesikit sbb xreti lgsg pun...so ni tgh try2 laa nk bt...hehehehe.....jemput2 laa singgah sebentar kat blog sy nih....huhuh...

Photobucket - Video and Image Hosting